RANCANGAN MENGAJAR
Tema / tajuk
: Bentuk.
Bidang pembelajaran : Bentuk 3 Dimensi
Kumpulan sasar : 1 Bestari
( 30 orang)
Standart kandungan : Mengenali nama-nama
Bentuk 3 Dimensi.
Standart pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid
dapat:
A. Menguasai isi
kandungan pelajaran.
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 nama bentuk 3 Dimensi.
2. Menunjukkan bentuk 3 Dimensi yang disebut oleh guru.
3. Menyatakan nama bentuk beserta bentuk yang betul.
B. Membina
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
1.
Memadankan gambar dengan bentuk 3 Dimensi yang betul.
2.
Menyatakan perbezaan antara bentuk kubus dan kuboid.
C. Mengamalkan
sikap saintifik dan nilai murni.
1.
Menunjukkan minat untuk mengaitkan objek di hadapan kelas dengan
bentuk-bentuk
yang telah dipelajari.
2.
Menghargai bentuk-bentuk 3 Dimensi yang terdapat di sekeliling murid.
Konsep utama : Bentuk 3 Dimensi mempunyai panjang,lebar dan
tinggi.
Bahan,peralatan dan bahan
sumber :
1. Bentuk kon
: 1 unit
2. bentuk sfera
: 1 unit
3. Bentuk piramid
: 1 unit
4. Bentuk silinder
: 1 unit
5. Bentuk kubus
: 1 unit
6. Bentuk kuboid
: 1 unit
7. Kotak ubat gigi
berbentuk kuboid : 1 unit
8. Dadu berbentuk kubus
:
1 unit
9. Topi hari jadi berbentuk
kon : 1 unit
10. Tin susu berbentuk
silinder : 1 unit
11. Bola berbentuk sfera
; 1 unit
12. Nasi lemak berbentuk
piramid : 1 unit
13. Papan putih
: 5 unit
14. Pen marker
: 5 unit
15. Kad imbasan nama bentuk
3 Dimensi
16. Lembaran kerja
17. Lagu Bongkah dari You Tube
Pengetahuan sedia ada
: Murid pernah melihat bentuk-bentuk 3 dimensi dalam kehidupan seharian
dan telah mempelajarinya semasa di prasekolah.
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran :
fasa 1 : Persediaan ( 5 minit)
Isi kandungan : Mencari
persamaan bentuk 3 Dimensi dengan bentuk di sekeliling
Aktiviti :
1.
Murid membuat pemerhatian terhadap objek 3
demensi melalui slaid powerpoint seperti gambar kotak ubat gigi berbentuk
kuboid,dadu berbentuk kubus,topi hari jadi berbentuk kon,tin susu berbentuk
silinder,bola berbentuk sfera dan nasi lemak berbentuk piramid.
2.
Guru melekatkan gambar bentuk 3 Dimensi di
papan hitam.
3.
2 orang murid dipanggil untuk melekatkan
gambar-gambar bentuk 3 dimensi pada objek yang ditunjukkan oleh guru.
4.
Guru berbincang jawapan murid secara kelas.
5.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pembelajaran.
Fasa 2
: Imaginasi ( 35
minit)
Isi kandungan : Mengenali nama-nama bentuk 3
Dimensi.( kuboid,kubus,kon,piramid,sfera,silinder)
Bahan bantu mengajar:Bentuk 3 Dimensi,papan putih yang kecil,pen marken,lembaran
kerja.
Aktiviti :
1.
Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 3 Dimensi
satu persatu kepada murid-murid.
2.
Guru menampal nama-nama bentuk 3 Dimensi di
papan hitam dan membimbing murid untuk menyebut dan mengeja nama-nama bentuk tersebut.
3.
Murid mengeja dan menyebut nama-nama bentuk
yang dipelajari berulangkali secara kelas,berkumpulan dan individu.
4.
Aktiviti
individu:
·
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap
murid
·
Murid dikehendaki memadankan gambar bentuk 3
Dimensi dengan bentuk yang sesuai.
·
Guru menyebut warna tertentu untuk aktiviti
murid.Contoh : semua murid dikehendaki memegang warna hijau.warnakan hijau bagi
gambar berbentuk kuboid dan warna biru bagi gambar berbentuk sfera.
·
Murid dikehendaki mewarnakan gambar bentuk 3
Dimensi berdasarkan warna yang disebutkan oleh guru.
·
Guru menyemak jawapan murid.
5.Aktiviti berkumpulan.
·
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap
kumpulan mempunyai 6 orang ahli.
·
Guru memberikan papan putih kecil kepada
setiap kumpulan bersama sebatang pen marker.
·
Guru menunjukkan bentuk 3 Dimensi di hadapan
kelas.
·
Setiap ahli kumpulan akan
bergilir-gilir menulis jawapan berdasarkan bentuk yang ditunjukkan oleh
guru.
Fasa 3
: Perkembangan ( 10 minit)
Isi kandungan :Perbezaan bentuk kubus dan
kuboid.
Kemahiran berfikir : menganalisis
Aktiviti :
1.
Guru menunjukkan bentuk kubus dan kuboid
kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid untuk menganalisis
perbezaan antara kubus dan
kuboid.
3.
2 orang murid dipanggil untuk menyatakan
pendapat mereka tentang perbezaan antara kubus dan kuboid.
4.
Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Isi kandungan : menyatakan bentuk 3 Dimensi
yang ada pada objek di sekeliling murid.
1.
Guru meminta setiap murid untuk mengenalpasti
objek yang sama dengan bentuk 3 Dimensi.
2.
Guru memberi respon kepada jawapan murid.
Fasa 4
: Tindakan ( 10 minit)
Isi kandungan :Menyatakan nama bentuk 3
Dimensi
bahan bantu mengajar : lembaran
kerja dan tayangan video
1.
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan
kefahaman murid.
2.
Murid dikehendaki menjawab soalan pada
lembaran kerja yang diberikan.
3.
Murid yang berjaya menjawab latihan dengan
betul akan diberi aktiviti pengayaan dan murid yang lemah akan dibimbing dalam
kumpulan.
4.
Murid menyanyi lagu bertajuk “Bongkah” bersama guru.
Latihan Pengayaan
Lembaran kerja
Nama : ……………………………………………………………………
kelas : ……………………………………
Suaikan bentuk-bentuk dibawah dengan namanya.